Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لَولا أنَّ جبريلَ نزلَ بالحِجابةِ لبَني طلحةَ؛ لجعلتُها لَكَ، وإنَّ لَكَ في السِّقايةِ أُسوةً حسنةً.
Teks Bahasa Melayu
Kalau tidak kerana Jibril turun dengan membawa kain penutup Kaabah untuk Bani Talhah, sudah pasti aku memberikannya kepada kamu. Kamu adalah tauladan yang baik dalam bab memberi minum.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Mas'ud RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1913, hadis no. 9608. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ابن مسعود رضي الله عنه قال: قال النبي ﷺ للعباس: لولا أن جبريل نزل بالحجابة لبني طلحة؛ لجعلتها لك، وإن لك في السقاية أسوة حسنة. [الدارقطني في ((العلل))، ((الضعيفة)) (5851)]
(Lemah) Daripada Ibn Mas’ud RA, beliau berkata: Nabi SAW bersabda kepada Abbas: Kalau tidak kerana Jibril turun dengan membawa kain penutup Kaabah untuk Bani Talhah, sudah pasti aku memberikannya kepada kamu. Kamu adalah tauladan yang baik dalam bab memberi minum. [Riwayat al-Daraqutni dalam al-'Ilal. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5851]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman