Kalau tidak kerana ‘Ali

TEKS BAHASA ARAB

لولا علي لهلك عمر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Kalau tidak kerana ‘Ali, pasti binasalah ‘Umar.

STATUS

Bukan hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 78, hadis nombor 337. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:

قال عمر لما أرسل إلى امرأة ذكرت عنده فأجهضت فقال للصحابة: ما ترون فقال بعضهم إنما أنت مؤدب لا شيء عليك، فقال لعلي: ماذا تقول فقال: غشوك أرى عليك الدية، فوداه عمر وقاله.

Disebutkan oleh ‘Umar setelah beliau mengutuskan (utusan) kepada seorang wanita (melarangnya melakukan kejahatan) yang disebutkan disisinya, lalu wanita tersebut keguguran. ‘Umar pun bertanya kepada para sahabat: “Apa pandangan kalian?”, sebahagian mereka menjawab: “Sesungguhnya engkau hanyalah seorang yang beradab, tidak ada sedikit pun kesalahan kepadamu”. Lalu ‘Umar bertanya kepada ‘Ali: “Apa katamu?”, lantas ‘Ali menjawab: “Dekatilah! Aku berpandangan wajib kepadamu diyah”. Lalu ‘Umar pun membayar diyah dan berpandangan sedemikian.

RUJUKAN

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs