Bukan hadis
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لَوْلا عَلِيٌّ لَهَلَكَ عُمَرُ.
Teks Bahasa Melayu
Kalau tidak kerana 'Ali, pasti binasalah 'Umar.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H)
Status
Bukan hadis
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 78, hadis no. 337. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Disebutkan oleh 'Umar setelah beliau mengutuskan (utusan) kepada seorang wanita (melarangnya melakukan kejahatan) yang disebutkan disisinya, lalu wanita tersebut keguguran. 'Umar pun bertanya kepada para sahabat: "Apa pandangan kalian?", sebahagian mereka menjawab: "Sesungguhnya engkau hanyalah seorang yang beradab, tidak ada sedikit pun kesalahan kepadamu". Lalu 'Umar bertanya kepada 'Ali: "Apa katamu?", lantas 'Ali menjawab: "Dekatilah! Aku berpandangan wajib kepadamu diyah". Lalu 'Umar pun membayar diyah dan berpandangan sedemikian.
Rujukan
Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.
Makluman