Kalau tidak kerana ada golongan dalam kalangan umatku

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

والذي نفسي بيده! لولا أن يقول فيك طوائف من أمتي ما قالت النصارى في عيسى ابن مريم لقلت فيك اليوم مقالا لا تمر بأحد من المسلمين إلا أخذ التراب من أثر قدميك يطلبون به البركة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Demi nyawaku yang berada di genggaman-Nya! Kalau tidak kerana ada golongan dalam kalangan umatku yang berkata tentang kamu apa yang dikatakan oleh Nasrani tentang Isa Bin Maryam, akan saya katakan tentang kamu pada hari ini. Kamu tidak akan melintas di hadapan mana-mana orang Muslim melainkan dia akan mengambil tanah daripada kesan tapak kaki kamu. Mereka memohon berkat daripada tanah tersebut.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1916, hadis nombor 9627. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

عن علي بن أبي طالب رضي الله عنه قال: قال رسول الله ﷺ: والذي نَفْسِي بيده! لولا أن يقول فيك طوائفُ من أُمَّتي ما قَالتِ النصارى في عيسى بن مريمَ؛ لقُلْتُ فيك اليوم مقالاً، لا تَمُرُّ بأحدٍ من المسلمين إلا أَخَذَ الترابَ مِنْ أثرِ قَدَمَيْكَ، يَطْلُبُونَ به البَرَكَةَ.
[طب، ((الضعيفة)) (5592)]

(Palsu)
Daripada Ali Bin Abu Talib RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Demi nyawaku yang berada di genggaman-Nya! Kalau tidak kerana ada golongan dalam kalangan umatku yang berkata tentang kamu apa yang dikatakan oleh Nasrani tentang Isa Bin Maryam, akan aku katakan tentang kamu pada hari ini. Kamu tidak akan melintas di hadapan mana-mana orang Muslim melainkan dia akan mengambil tanah daripada kesan tapak kaki kamu. Mereka memohon berkat daripada tanah tersebut.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu‘jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5592]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.