Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Kalau seandainya semua jin manusia syaitan dan malaikat

Teks Bahasa Arab

5376 - (لو أن الجن والإنس والشياطين والملائكة منذ خلقوا إلى أن فنوا صفوا صفا واحدا ما أحاطوا بالله أبدا.

Teks Bahasa Melayu

Kalau seandainya semua jin, manusia, syaitan dan malaikat semenjak dari awal mereka diciptakan hingga mereka mati (hari kiamat) berbaris di satu saf sungguh mereka tidak akan dapat meliputi Allah SWT (dengan penglihatan mata) selama-lamanya.

Sahabat Perawi

  1. Abu Sa'id al-Khudri RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 507, hadis no. 2703.

(ضعيف) عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - عن رسول الله : في قوله - تعالى -:لَّا تُدۡرِكُهُ ٱلۡأَبۡصَٰرُ وَهُوَ يُدۡرِكُ ٱلۡأَبۡصَٰرَۖ٣؛ قال: «لو أن الجن والإنس والشياطين والملائكة منذ خلقوا إلى أن فنوا صفوا صفا واحدا ما أحاطوا بالله أبدا». [ابن أبي حاتم، الضعيفة، (5376)]

(Lemah) Daripada Abu Sa'id al-Khudri RA, daripada Rasulullah ﷺ dalam firman Allah SWT: Ia tidak dapat dilihat dan diliputi oleh penglihatan mata, sedang ia dapat melihat (dan mengetahui hakikat) segala penglihatan (mata), dan Dia lah Yang Maha halus (melayan hamba-hambaNya dengan belas kasihan), lagi Maha Mendalam pengetahuanNya. Baginda menafsirkan: Kalau seandainya semua jin, manusia, syaitan dan malaikat semenjak dari awal mereka diciptakan hingga mereka mati (hari kiamat) berbaris di satu saf sungguh mereka tidak akan dapat meliputi Allah SWT (dengan penglihatan mata) selama-lamanya.

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.