Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لولا القِصاصُ؛ لَأَوْجَعْتُكَ بهذا السِّوَاكِ.
Teks Bahasa Melayu
Kalau bukan kerana Qisas, nescaya aku akan sakiti kamu dengan siwak ini.
Sahabat Perawi
- Ummu Salamah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 794, hadis no. 4087. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أم سلمة رضي الله عنها: أن النبي ﷺ أرسل وصيفة له، فأبطأت، فقال: لولا القصاص؛ لأوجعتك بهذا السواك. [خد، ابن سعد، ابن أبي الدنيا في (الأهوال)، ع، طب، حل، جط، (الضعيفة) (4363)]
(Lemah) Daripada Ummu Salamah RA bahawa Nabi SAW menghantar khadam perempuan kepadanya. Namun dia berjalan dengan perlahan. Lalu baginda bersabda: Kalau bukan kerana Qisas, nescaya aku akan sakiti kamu dengan siwak ini. [Riwayat al-Bukhari dalam Adab al-Mufrad, Ibn Sa’d dalam al-Tabaqat al-Kubra, Ibn Abi al-Dunya dalam al-Ahwal, Abi Ya’la dalam al-Musnad, al-Tabarani dalam Mu’jam al-Kabir, Abu Nu'aim dalam al-Hilyah al-Awliya', al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4363]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman