Kalau bukan kerana kamu, tidak ku ciptakan alam ini

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

لولاك لما خلقت الأفلاك.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Kalau bukan kerana kamu, tidak ku ciptakan alam ini.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1782, hadis nombor 8967. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن ابن عباس -رضي الله عنهما- مرفوعا: ((لولاك لما خلقت الأفلاك)). [بمعناه فر، ابن عساكر، ابن الجوزي في ((الموضوعات))، ((الضعيفة)) (282)]

(Palsu)
Daripada Ibn ‘Abbās secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): Kalau bukan kerana kamu, tidak ku ciptakan alam ini.
[Diriwayatkan dengan maknanya oleh al-Dailamī dalam Musnad al-Firdaus, Ibn ‘Asākir dalam Tārīkh Dimashq, Ibn al-Jauzī dalam al-Mauḍū‘āt. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 282]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.