Kalau bukan kerana ia diberikan untuk orang-orang Muhajirin nescaya aku tidak akan mengambilnya

TEKS BAHASA ARAB

لولا أنها تعطى المهاجرين ما أخذتها.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Kalau bukan kerana ia diberikan untuk orang-orang Muhajirin nescaya aku tidak akan mengambilnya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1156, hadis nombor 5846. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عبد الله بن هلال الثقفي رضي الله عنه قال: جاء رجل الى النبي صلى الله عليه وسلم فقال: كدتُ أُقتل بعدك في عناق أو شاة من الصدقة فقال: لولا أنها تعطى المهاجرين ما أخذتها. [ن، الضعيفة (5715)]

(Lemah) Daripada Abdullah bin Hilal al-Thaqafi RA, telah berkata: Seorang lelaki datang berjumpa Nabi SAW lalu dia berkata hampir saja aku dibunuh selepas kamu karena zakat seekor unta atau kambing zakat, lalu Baginda SAW bersabda: Kalau bukan kerana ia diberikan untuk orang-orang Muhajirin nescaya aku tidak akan mengambilnya. [Riwayat Sunan al-Nasa’ī. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no.5715]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs