Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لولَا أنَّها تُعْطَى المُهَاجِرِينَ مَا أَخَذْتُهَا.
Teks Bahasa Melayu
Kalau bukan kerana ia diberikan untuk orang-orang Muhajirin nescaya aku tidak akan mengambilnya.
Sahabat Perawi
- Abdullah Bin Hilal al-Thaqafi RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1156, hadis no. 5846. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عبد الله بن هلال الثقفي رضي الله عنه قال: جاء رجل الى النبي صلى الله عليه وسلم فقال: كدتُ أُقتل بعدك في عناق أو شاة من الصدقة فقال: لولا أنها تعطى المهاجرين ما أخذتها. [ن، الضعيفة (5715)]
(Lemah) Daripada Abdullah bin Hilal al-Thaqafi RA, telah berkata: Seorang lelaki datang berjumpa Nabi SAW lalu dia berkata hampir saja aku dibunuh selepas kamu kerana zakat seekor unta atau kambing zakat, lalu Baginda SAW bersabda: Kalau bukan kerana ia diberikan untuk orang-orang Muhajirin nescaya aku tidak akan mengambilnya. [Riwayat Sunan al-Nasa’ī. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no.5715]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman