Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لولا أن بني إسرائيل استثنوا، فقالوا: " وإنا إن شاء الله لمهتدون " ما أعطوا، ولكن استثنوا
Teks Bahasa Melayu
Kalau bukan kerana Bani Israil mengecualikan, mereka berkata firman Allah SWT: ‘Dan kami insya Allah akan mendapat petunjuk’ [al-Baqarah: 70], mereka tidak diberi (petunjuk untuk menyembelih lembu) tetapi mereka telah mengecualikan (menyebut in sya Allah).
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1674, hadis no. 8446. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
Riwayat Tamam.
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman