Kalau boleh, aku mahu ada penghalang antara diriku dengan penduduk Najran

TEKS BAHASA ARAB

لوددت أن بيني وبين أهل نجران حجابا من شدة ما كانوا يجادلونه صلى الله عليه وسلم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Kalau boleh, aku mahu ada penghalang antara diriku dengan penduduk Najran. Kerana mereka kerap berselisih dengan Baginda SAW.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1092, hadis nombor 5550. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عبد الله بن الحارث بن جزء رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: لَوَدِدْتُ أَنَّ بَيْنِي وَبَيْن أَهل نَجْرَانَ حجابًا، من شِدَّةِ ما كَانُوا يُجَادِلُونه صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ. [ابن عبد الحكم في فتوح مصر، البزار، الضعيفة (6404)].

(Lemah) Daripada ‘Abdullah bin al-Harith bin Juz’ RA, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: Kalau boleh, aku mahu ada penghalang antara diriku dengan penduduk Najran. Kerana mereka kerap berselisih dengan Baginda SAW. [Riwayat Ibn ‘Abd al-Hakam dalam Futuh Misr, Riwayat al-Bazzar dalam Musnadnya. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 6404].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs