Kalamku tidak boleh membatalkan kalam Allah

TEKS BAHASA ARAB

كلامي لا ينسخ كلام الله وكلام الله ينسخ كلامي وكلام الله ينسخ بعضه بعضا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Kalamku tidak boleh membatalkan kalam Allah dan kalam Allah boleh membatalkan kalamku, juga kalam Allah boleh membatalkan sebahagiannya dengan sebahagian yang lain.

STATUS

Batil

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, di halaman 65, hadis nombor 362. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Dalam sanadnya terdapat Jubrun bin Waqid al-Afriqi, beliau didakwa melakukan pendustaan. Hadith tersebut, al-Zahabi berkata: Palsu. Saya pula berkata: Penulis (al-Suyuti) mengekalkan hadith ini, menunjukkan bahawa beliau tidak begitu teliti dalam ilmu ini, tidak ada perasaan dalam ilmu ini kerana tidak syak lagi akan kebatilan hadith ini bagi penuntut ilmu, lebih-lebih lagi bagi seorang muhaddith, apa lagi bagi seorang hafiz.

RUJUKAN

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr(2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs