Batil
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كَلاَمِي لاَ يَنْسَخُ كَلاَمَ الله وَكَلاَمُ الله يَنْسَخُ كَلاَمِي وَكَلاَمُ الله يَنْسَخُ بَعْضُهُ بَعْضاً.
Teks Bahasa Melayu
Kalamku tidak boleh membatalkan kalam Allah dan kalam Allah boleh membatalkan kalamku, juga kalam Allah boleh membatalkan sebahagiannya dengan sebahagian yang lain.
Sahabat Perawi
- Jabir RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H)
Status
Batil
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin al-Siddiq al-Ghumari (m. 1380H) dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Mughir ‘ala al-Ahadith al-Mawdu‘ah fi al-Jami‘ al-Saghir, di halaman 65, hadis no. 362. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Dalam sanadnya terdapat Jubrun bin Waqid al-Afriqi, beliau didakwa melakukan pendustaan. Hadith tersebut, al-Zahabi berkata: Palsu. Saya pula berkata: Penulis (al-Suyuti) mengekalkan hadith ini, menunjukkan bahawa beliau tidak begitu teliti dalam ilmu ini, tidak ada perasaan dalam ilmu ini kerana tidak syak lagi akan kebatilan hadith ini bagi penuntut ilmu, lebih-lebih lagi bagi seorang muhaddith, apa lagi bagi seorang hafiz.
Rujukan
Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.
Makluman