Kalam terakhir yang Rasulullah SAW ucapkan

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

كان آخر ما تكلم به صلى الله عليه وسلم: جلال ربي الرفيع فقد بلغت ثم قضى.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Kalam terakhir yang Rasulullah SAW ucapkan ialah,: Wahai Tuhanku yang Maha Tinggi, sesungguhnya saya sudah sampaikan, kemudian Baginda wafat.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1051, hadis nombor 5374. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أنس رضي الله عنه: كان آخر ما تكلم به صلى الله عليه وسلم: جلال ربي الرفيع فقد بلغت ثم قضى. [ك، الضعيفة (4159)]

[Lemah] Daripada Anas RA, bahawa kalam terakhir yang Rasulullah SAW ucapkan ialah: Wahai Tuhanku yang Maha Tinggi, sesungguhnya saya sudah sampaikan, kemudian Baginda wafat. [Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 4159]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.