Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كَانَ آخِرُ مَا تَكَلَّمَ بِهِ - صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ -: جَلَالُ رَبِّيَ الرَّفيعُ فَقَدْ بَلَّغَتُ، ثُمَّ قَضَى.
Teks Bahasa Melayu
Kalam terakhir yang Rasulullah SAW ucapkan ialah,: Wahai Tuhanku yang Maha Tinggi, sesungguhnya saya sudah sampaikan, kemudian Baginda wafat.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1051, hadis no. 5374. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أنس رضي الله عنه: كان آخر ما تكلم به صلى الله عليه وسلم: جلال ربي الرفيع فقد بلغت ثم قضى. [ك، الضعيفة (4159)]
[Lemah] Daripada Anas RA, bahawa kalam terakhir yang Rasulullah SAW ucapkan ialah: Wahai Tuhanku yang Maha Tinggi, sesungguhnya saya sudah sampaikan, kemudian Baginda wafat. [Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 4159]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman