Daif

30/06/2024

minit bacaan



Kajilah manusia nescaya kamu akan membencinya dan janganlah terlalu cepat dalam mempercayai manusia

Teks Bahasa Arab

أُخْبُرْ تَقْلِهْ وثِق بالنَّاسِ روَيدًا.

Teks Bahasa Melayu

Kajilah manusia nescaya kamu akan membencinya dan janganlah terlalu cepat dalam mempercayai manusia.

Sahabat Perawi

  1. Abu al-Darda’ RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Daif

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 30, hadis no. 104. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي الدرداء - رضي الله عنه - رفعه: ((اخبر تقله، وثق بالناس رويدا)). [((الضعيفة)) (2110)].

(Daif) Daripada Abu al-Darda’ R.A dan beliau memarfu’kannya (menyandarkannya kepada Nabi SAW): Kajilah manusia nescaya kamu akan membencinya dan janganlah terlalu cepat dalam mempercayai manusia. [Lihat Silsilah al-Da’ifah, no.2110]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.