Kaifiat dan fadilat solat sunat sebelum Zohor

TEKS BAHASA ARAB

كان رسول الله صلى الله عليه وسلم إذا استوى النهار، خرج إلى بعض حيطان المدينة، وقد يسر له فيها طهور، فإن كانت له حاجة قضاها، وإلا تطهر، فإذا زالت الشمس عن كبد السماء قدر شراك، قام فصلى أربع ركعات، ولم يتشهد بينهن، وسلم في آخر الأربع، ثم يقوم فيأتي المسجد، فقال ابن عباس: يا رسول الله! ما هذه الصلاة التي تصليها ولا نصليها؟ قال: ابن عباس! من صلاهن من أمتي، فقد أحيا ليلته، ساعة يفتح فيها أبواب السماء، ويستجاب فيها الدعاء.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Adapun Rasulullah SAW apabila siang hari tiba di pertengahannya, Baginda kebiasaannya akan keluar ke sebahagian kebun di Madinah. Telah dipermudahkan baginya untuk bersuci, sekiranya Baginda perlu menunaikan hajat, maka baginda akan menunaikan hajatnya terlebih dahulu atau sekiranya tidak perlu, maka baginda akan terus berwuduk sahaja. Apabila matahari tergelincir dari pertengahan langit kadar satu syirak (satu kaki), Baginda akan solat empat rakaat dan tidak bertasyahhud di antaranya. Baginda memberi salam pada rakaat keempat (terakhir), lalu bangun dan menuju ke masjid. (Melihatkan akan hal itu), Ibn Abbas bertanya kepada baginda: "Wahai Rasulullah SAW, solat apakah yang engkau lakukan tadi dan kami tidak melakukannya itu?" Baginda bersabda: ((Ibn Abbas! Barang siapa dari kalangan umatku yang menunaikan solat tersebut, maka dia telah menghidupkan malamnya, ini adalah waktu terbukanya pintu-pintu langit dan mustajabnya doa.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1591, hadis nombor 8034. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جداً) عن ابن عباس -رضي الله عنهما- قال: كان رسول الله صلى الله عليه وسلم إذا استوى النهار، خرج إلى بعض حيطان المدينة، وقد يسر له فيها طهور، فإن كانت له حاجة قضاها، وإلا تطهر، فإذا زالت الشمس عن كبد السماء قدر شراك، قام فصلى أربع ركعات، ولم يتشهد بينهن، وسلم في آخر الأربع، ثم يقوم فيأتي المسجد، فقال ابن عباس: يا رسول الله! ما هذه الصلاة التي تصليها ولا نصليها؟ قال: ابن عباس! من صلاهن من أمتي، فقد أحيا ليلته، ساعة يفتح فيها أبواب السماء، ويستجاب فيها الدعاء.). [طب، ((الضعيفة)) (6727)].

(Sangat Lemah)
Daripada Ibn Abbas RA berkata: Adapun Rasulullah SAW apabila siang hari tiba di pertengahannya, Baginda kebiasaannya akan keluar ke sebahagian kebun di Madinah. Telah dipermudahkan baginya untuk bersuci, sekiranya Baginda perlu menunaikan hajat, maka baginda akan menunaikan hajatnya terlebih dahulu atau sekiranya tidak perlu, maka baginda akan terus berwuduk sahaja. Apabila matahari tergelincir dari pertengahan langit kadar satu syirak (satu kaki), Baginda akan solat empat rakaat dan tidak bertasyahhud di antaranya. Baginda memberi salam pada rakaat keempat (terakhir), lalu bangun dan menuju ke masjid. (Melihatkan akan hal itu), Ibn Abbas bertanya kepada baginda: "Wahai Rasulullah SAW, solat apakah yang engkau lakukan tadi dan kami tidak melakukannya itu?" Baginda bersabda: ((Ibn Abbas! Barang siapa dari kalangan umatku yang menunaikan solat tersebut, maka dia telah menghidupkan malamnya, ini adalah waktu terbukanya pintu-pintu langit dan mustajabnya doa.))
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6727)].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.