Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا اسْتَوَى النَّهَارُ، خَرَجَ إِلَى بَعْضِ حِيطَانِ الْمَدِينَةِ،وَقَدْ يُسِّرَ لَهُ فِيهَا طَهُورٌ، فَإِنْ كَانَتْ لَهُ حَاجَةٌ قَضَاهَا، وَإِلا تَطَهَّرَ، فَإِذَا زَالَتِ الشَّمْسُ عَنْ كَبِدِ السَّمَاءِ قَدْرَ شِرَاكٍ، قَامَ فَصَلَّى أَرْبَعَ رَكَعَاتٍ، وَلَمْ يَتَشَهَّدْ بَيْنَهُنَّ،وَسَلَّمَ فِي آخِرِ الأَرْبَعِ، ثُمَّ يَقُومُ فَيَأْتِي الْمَسْجِدَ، فَقَالَ ابْنُ عَبَّاسٍ: يَا رَسُولَ اللَّهِ! مَا هَذِهِ الصَّلاةُ الَّتِي تُصَلِّيهَا وَلا نُصَلِّيهَا؟ قَالَ: ابْنُ عَبَّاس! منْ صَلاهُنَّ مِنْ أُمَّتِي، فَقَدْ أَحْيَا لَيْلَتَهُ، سَاعَةً يُفْتَحُ فِيهَا أَبْوَابُ السَّمَاءِ، ويُستجابُ فِيهَا الدُّعَاءُ.
Teks Bahasa Melayu
Adapun Rasulullah SAW apabila siang hari tiba di pertengahannya, Baginda kebiasaannya akan keluar ke sebahagian kebun di Madinah. Telah dipermudahkan baginya untuk bersuci, sekiranya Baginda perlu menunaikan hajat, maka baginda akan menunaikan hajatnya terlebih dahulu atau sekiranya tidak perlu, maka baginda akan terus berwuduk sahaja. Apabila matahari tergelincir dari pertengahan langit kadar satu syirak (satu kaki), Baginda akan solat empat rakaat dan tidak bertasyahhud di antaranya. Baginda memberi salam pada rakaat keempat (terakhir), lalu bangun dan menuju ke masjid. (Melihatkan akan hal itu), Ibn Abbas bertanya kepada baginda: "Wahai Rasulullah SAW, solat apakah yang engkau lakukan tadi dan kami tidak melakukannya itu?" Baginda bersabda: ((Ibn Abbas! Barang siapa dari kalangan umatku yang menunaikan solat tersebut, maka dia telah menghidupkan malamnya, ini adalah waktu terbukanya pintu-pintu langit dan mustajabnya doa.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1591, hadis no. 8034. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Sangat Lemah) Daripada Ibn Abbas RA berkata: Adapun Rasulullah SAW apabila siang hari tiba di pertengahannya, Baginda kebiasaannya akan keluar ke sebahagian kebun di Madinah. Telah dipermudahkan baginya untuk bersuci, sekiranya Baginda perlu menunaikan hajat, maka baginda akan menunaikan hajatnya terlebih dahulu atau sekiranya tidak perlu, maka baginda akan terus berwuduk sahaja. Apabila matahari tergelincir dari pertengahan langit kadar satu syirak (satu kaki), Baginda akan solat empat rakaat dan tidak bertasyahhud di antaranya. Baginda memberi salam pada rakaat keempat (terakhir), lalu bangun dan menuju ke masjid. (Melihatkan akan hal itu), Ibn Abbas bertanya kepada baginda: "Wahai Rasulullah SAW, solat apakah yang engkau lakukan tadi dan kami tidak melakukannya itu?" Baginda bersabda: ((Ibn Abbas! Barang siapa dari kalangan umatku yang menunaikan solat tersebut, maka dia telah menghidupkan malamnya, ini adalah waktu terbukanya pintu-pintu langit dan mustajabnya doa.)) [Riwayat al-Tabarani dalam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6727)].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman