Kahwinkanlah orang yang sekufu dan kahwinilah orang yang sekufu

TEKS BAHASA ARAB

حديث: زوجوا الأكفاء وتزوجوا الأكفاء، واختاروا لنطفكم، وإياكم والزنجي فإنهم خلق مشوه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Kahwinkanlah orang yang sekufu dan kahwinilah orang yang sekufu. Pilihlah (pasangan yang baik) untuk benih kalian. Waspadalah dengan orang al-zinji (orang kulit hitam) kerana mereka adalah makhluk yang buruk.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 415-416, hadis nombor 174. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه ابن حبان عن عائشة مرفوعا. وفي إسناده محمد بن مروان السدي، وهوكذاب. وله طريق أخرى عند أبي نعيم في الحلية.

Ia diriwayatkan oleh Ibn Hibban daripada Aisyah secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW). Pada sanadnya terdapat Muhammad bin Marwan al-Suddi, seorang pendusta. Baginya jalur yang lain di sisi Abu Nu’aim dalam al-Hilyah.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs