Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Kahwinkanlah orang yang sekufu dan kahwinilah orang yang sekufu

Teks Bahasa Arab

حديث: زَوِّجُوا الأَكْفَاءَ وَتَزَوَّجُوا الأَكْفَاءَ، وَاخْتَارُوا لنطفكم، وإياكم والزنجي فإنهم خلق مشوه.

Teks Bahasa Melayu

Hadith: Kahwinkanlah orang yang sekufu dan kahwinilah orang yang sekufu. Pilihlah (pasangan yang baik) untuk benih kalian. Waspadalah dengan orang al-zinji (orang kulit hitam) kerana mereka adalah makhluk yang buruk.

Sahabat Perawi

  1. ‘Aisyah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 415-416, hadis no. 174. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه ابن حبان عن عائشة مرفوعا. وفي إسناده محمد بن مروان السدي، وهوكذاب. وله طريق أخرى عند أبي نعيم في الحلية.

Ia diriwayatkan oleh Ibn Hibban daripada Aisyah secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW). Pada sanadnya terdapat Muhammad bin Marwan al-Suddi, seorang pendusta. Baginya jalur yang lain di sisi Abu Nu'aim dalam al-Hilyah.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.