Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
زَوِّجُوا الأَكْفاءَ وَتَزَوَّجُوا الأَكْفَاءَ وَاخْتَارُوا لِنُطَفِكُمْ وَإِيَّاكُمْ والزَّنْجَ فَإِنَّهُ خَلْقٌ مُشَوَّهٌ.
Teks Bahasa Melayu
Kahwinkanlah orang-orang yang sekufu dan kahwinilah mereka. Pilihlah yang terbaik untuk benih kamu dan jauhilah golongan Zinj (penduduk asli dari Sudan yang berkulit hitam), kerana ia ciptaan yang jelek.
Sahabat Perawi
- 'Aishah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin al-Siddiq al-Ghumari (m. 1380H) dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Mughir ‘ala al-Ahadith al-Mawdu‘ah fi al-Jami‘ al-Saghir, di halaman 41, hadis no. 210. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Dalam sanadnya terdapat Muhammad bin Marwan al-Suddi al-Saghir, beliau seorang pendusta.
Rujukan
Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.
Makluman