Kahwinkanlah orang-orang bujang

TEKS BAHASA ARAB

أنكحوا الأيامى – ثلاثا – على ما تراضى به الأهلون، ولو قبضة من أراك.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Kahwinkanlah orang-orang bujang (sebanyak tiga kali), perkara yang diredhai oleh keluarga (mahar), walau segenggam (kurma) daripada kamu.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 932, hadis nombor 4793. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا)
عن ابن عباس – رضي الله عنهما – مرفوعا: ((أنكحوا الأيامى -ثلاثا- على ما تراضى به الأهلون، ولو قبضة من أراك)).
[ابن جرير، طب، ((الضعيفة)) (2959)].

(Sangat Lemah)
Diriwayatkan daripada Ibn Abbas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabis SAW): Kahwinkanlah orang-orang bujang (sebanyak tiga kali), perkara yang diredhai oleh keluarga (mahar), walau segenggam (kurma) daripada kamu.
[Riwayat Ibn Jarir, dan al-Tabrani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2959].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs