Kahwinkanlah mereka yang sekufu dan kahwinkanlah mereka, pilihlah tempat yang baik untuk meneruskan keturunanmu

TEKS BAHASA ARAB

انكحوا إلى الأكفاء، وأنكحوهم، واختاروا لنطفكم، وإياكم والزنج؛ فإنه خلق مشوه

TEKS BAHASA MALAYSIA

Kahwinkanlah mereka yang sekufu dan kahwinkanlah mereka, pilihlah tempat yang baik untuk meneruskan keturunanmu, berhati-hatilah kalian dengan orang (kulit) hitam, ia adalah makhluk yang buruk.

STATUS

Batil

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 948, hadis nombor 4892. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(باطل بهذا التام)
عن عائشة – رضي الله عنها -: ((انكحوا إلى الأكفاء، وأنكحوهم، واختاروا لنطفكم، وإياكم والزنج؛ فإنه خلق مشوه)).
[قط، ((الضعيفة)) (5041)].

[Batil dengan lafaz yang sempurna ini] Daripada Aishah RA: Kahwinkanlah mereka yang sekufu dan kahwinkanlah mereka, pilihlah tempat yang baik untuk meneruskan keturunanmu, berhati-hatilah kalian dengan orang (kulit) hitam, ia adalah makhluk yang buruk.
[Riwayat Sunan al-Dāraquṭnī. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.5041].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs