Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
زَوِّجُوْا أَبْنَائَكُمْ وَبَنَاتِكُمْ.
Teks Bahasa Melayu
Kahwinkanlah anak-anak lelaki dan anak-anak perempuan kamu.
Sahabat Perawi
- Ibn 'Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin al-Siddiq al-Ghumari (m. 1380H) dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Mughir ‘ala al-Ahadith al-Mawdu‘ah fi al-Jami‘ al-Saghir, di halaman 41, hadis no. 211. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Hadith tersebut telah dikeluarkan oleh al-Bandihi dalam Sharh al-Maqamat, baki lafaz hadith tsrsebut ditinggalkan oleh penulis (al-Suyuti) dengan sengaja hingga tidak ada dijadikan bukti kepalsuan hadith tersebut, iaitu dikatakan: "Wahai Rasulullah! Anak-anak lelaki kami ini telah berkahwin, lalu bagaimana anak-anak perempuan kami?". Baginda bersabda: "Perhiaskan mereka dengan emas dan perak, perelokkan pakaian untuk mereka dan perindahkanlah mereka dengan agama agar mereka dicintai". Lihatlah kepada perbuatan ini, anda akan merasa ajaib.
Rujukan
Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.
Makluman