Kahwinkanlah anak-anak lelaki kamu dan anak-anak perempuan kamu

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

زوجوا أبناءكم وبناتكم. قيل يا رسول الله! فكيف بناتنا؟ قال: حلوهن الذهب والفضة، وأجيدوا لهن الكسوة، وأحسنوا إليهن بالنحلة؛ ليرغب فيهن.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Kahwinkanlah anak-anak lelaki kamu dan anak-anak perempuan kamu. Dikatakan kepada Rasulullah: “Wahai Rasulullah! Bagaimanakah dengan anak-anak perempuan kami?” Rasulullah bersabda: “Rungkaikan mereka dengan emas dan perak, buatkanlah bagi mereka pakaian yang mewah, dan cantikkanlah untuk mereka pohon kurma, mereka pasti akan suka."

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 938, hadis nombor 4827. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن ابن عمر – رضي الله عنهما – مرفوعا: ((زوجوا أبناءكم وبناتكم. قيل: يا رسول الله! فكيف بناتنا؟ قال: حلوهن الذهب والفضة، وأجيدوا لهن الكسوة، وأحسنوا إليهن بالنحلة؛ ليرغب فيهن)).
[فر، ((الضعيفة)) (3669)].

(Lemah)
Daripada Ibn Umar RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Kahwinkanlah anak-anak lelaki kamu dan anak-anak perempuan kamu. Dikatakan kepada Rasulullah: “Wahai Rasulullah! Bagaimanakah dengan anak-anak perempuan kami?” Rasulullah bersabda: “Rungkaikan mereka dengan emas dan perak, buatkanlah bagi mereka pakaian yang mewah, dan cantikkanlah untuk mereka pohon kurma, mereka pasti akan suka."
[Riwayat al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.3669].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.