Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
تَزوَّجوا الزُّرْقَ فإن فيهن يُمْنًا.
Teks Bahasa Melayu
Kahwinilah wanita yang bermata biru. Sesungguhnya ada keberkatan pada diri mereka.
Sahabat Perawi
- Al-Husain bin 'Ali RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 916, hadis no. 4690. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن الحسين بن علي -رضي الله عنه- مرفوعا: تزوجوا الزرق فإن فيهن يمنا. [الواحدي في الوسيط، الضعيفة (738)].
(Palsu) Diriwayatkan daripada al-Husain bin ‘Ali RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Kahwinilah wanita yang bermata biru. Sesungguhnya ada keberkatan pada diri mereka. [Riwayat al-Wahidi dalam al-Wasit. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 738].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman