TEKS BAHASA ARAB
تزوجوا النساء؛ فإنهن يأتينكم بالمال.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Kahwinilah para wanita, kerana sesungguhnya mereka mendatangi kamu dengan harta.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 936, hadis nombor 4815. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف)
عن هشام بن عروة عن أبيه مرفوعا: ((تزوجوا النساء؛ فإنهن يأتينكم بالمال)).
[ش، أبو داود في ((المراسيل))، ((الضعيفة)) (3400)].
(Lemah)
Daripada Hisyam bin Aurah daripada ayahnya secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Kahwinilah para wanita, kerana sesungguhnya mereka mendatangi kamu dengan harta.
[Riwayat Musannaf Ibn Abi Syaibah, Abu Daud dalam al-Marasil. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3400].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.