Bukan hadis

30/06/2024

minit bacaan



Kahwinilah orang-orang fakir

Teks Bahasa Arab

تزوجوا فقراء يغنكم الله.

Teks Bahasa Melayu

Kahwinilah orang-orang fakir, nescaya Allah akan memperkayakan kalian.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H)

Status

Bukan hadis

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 28, hadis no. 92. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

لا يعرف. لكن في القرآن: {إن يَكُونُوا فُقَرَاءَ يُغْنِهِمُ اللهُ مِن فَضْلِهِ} [النور : 32]. وأخرج ابن أبي حاتم، عن أبي بكر: "أطيعوا الله فيما أمركم به من النكاح، ينجز لكم ما وعدكم من الغنى". وتلا الآية. وابن جرير، عن ابن مسعود قال: "التمسوا الغنى في النكاح". وتلا الآية. وفي الحديث: "التمسوا الرزق بالنكاح".

Tidak diketahui. Namun terdapat dalam al-Qur'an: (Sekiranya mereka itu fakir, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka melalui kurniaanNya). Ibn Abi Hatim telah mengeluarkan, daripada Abi Bakr: "Taatilah Allah pada apa yang DIa perintahkan kalian pada pernikahan, Dia akan tunaikan kepada kalian kekayaan yang telah Dia janjikan kepada kamu". Dan beliau membacakan ayat berkenaan. Ibn Jarir daripada Ibn Mas'ud, beliau berkata: "Carilah kekayaan dalam pernikahan", dan beliau membacakan ayat berkenaan. Di dalam hadith: "Carilah rezeki dengan bernikah".

Rujukan

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.