Kaffarah kepada dosa adalah penyesalan

TEKS BAHASA ARAB

كفارة الذنب الندامة ولو لم تذنبوا لأتى الله عز وجل بقوم يذنبون فيغفر لهم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Kaffarah kepada dosa adalah penyesalan. Sekiranya mereka tidak melakukan dosa, nescaya Allah SWT akan mendatangkan suatu kaum yang melakukan dosa, lalu Allah memberikan keampunan kepada mereka.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Abu Ishaq Al-Huwaini حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan lemah beliau berjudul Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah, di halaman 51, hadis nombor 27. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ضعيف بهذا السياق.
أخرجه أحمد (1/ 289) والطبراني في الكبير (ج 12/ رقم 12795) وفي الأوسط (460- مجمع البحرين) والبيهقي في الشعب كما في ((المغني (4/ 14) للعراقي -، والقضاعي في مسند الشهاب (رقم 77) من طريق يحيى بن عمرو بن مالك النكري، عن أبيه، عن أبي الجوزاء، عن ابن عباس، فذكره مرفوعا.
قلت: وسند ضعيف. ويحيى بن عمرو ضعفه ابن معين، وأبو زرعة، وأبو داود، والنسائي وغيرهم، بل رماه حماد بن زيد بالكذب، فيما قيل. وأورد له الذهبي هذا الحديث من مناكيره. وقال ابن عدي في الكامل (6/2379) : حديث غير محفوظ. قلت: والشطر الثاني من الحديث صحيح أخرجه مسلم وغيره من حديث أبي أيوب الأنصاري مرفوعا: لولا أنكم تذنبون لخلق الله خلقا يذنبون فيغفر لهم. أخرجه مسلم (2748/ 9) والترمذي (2526) وأحمد (5/ 414) وللحديث شواهد أخرى فانظرها في الصحيحة (967- 970). ويغني عن الشطر الأول منه قوله صلى الله عليه وآله وسلم: الندم توبة. وهو حديث صحيح. أخرجه ابن ماجة (4252) وأحمد (376، 423، 433) والبخاري في الكبير (2/ 1/ 374) ، والحميدي (105) والحاكم (4/243) ، والطبراني في الصغير (1/ 66- 67) ، والإسماعيلي في معجمه (ج3/ ق 137/1) ، وأبو نعيم في الحلية (8/ 312) ، والخطيب في الموضح (1/ 248- 250) والبغوي في شرح السنة (5/ 91) من حديث ابن مسعود وقد اختلف في سنده، وفي تسمية بعض رواته، وقد أشبعت الكلام عليه في مسيس الحاجة إلى تقريب سنن ابن ماجة (4252). وله شاهد من حديث أنس. أخرجه البزار (ج 4/ رقم 3239) ، والحاكم، والبيهقي في الشعب وسنده لابأس به في الشواهد. وشاهد آخر من حديث جابر، أخرجه الطبراني في الأوسط (ج 1/ رقم 101) وفي سنده ابن لهيعة، وعنعنه أبي الزبير. وشاهد من حديث أبي بن كعب، أخرجه الإسماعيلي، في معجمه (ج 1/ ق 47/2) . ومن حديث وائل بن حجر، أخرجه الإسماعيلي: أيضا (ج 2/ ق 62/ 2) . وآخر من حديث أبي هريرة عند الطبراني في الصغير رقم (186).

Dha’if dengan lafaz ini. Hadith tersebut telah dikeluarkan oleh Ahmad (1/289), al-Tabarani dalam al-Kabir (juz 12/hadith : 12795), juga dalam al-Awsat (360 – Majma’ al-Bahrain), al-Baihaqi dalam al-Shu’ab – sebagaimana dalam al-Mughni (4/14) oleh al-‘Iraqi -, dan al-Qadha’ei dalam Musnad al-Shihab (hadith : 77) melalui sanad Yahya bin ‘Amr bin Malik al-Nukri daripada ayahnya daripada Abu al-Jawza’ daripada Ibn ‘Abbas, lalu beliau pun menyebutkan hadith tersebut secara marfu’.
Saya berkata: Sanadnya dha’if. Yahya bin ‘Amr telah dinilai dha’if oleh Ibn Ma’in, Abu Zur’ah, Abu Daud, al-Nasa’ei dan lain-lain. Bahkan, Hammad bin Zaid telah melemparkan dakwaan bahawa beliau telah melakukan pendustaan, berdasarkan apa yang dikatakan. Al-Zahabi turut memasukkan hadith ini sebagai sebahagian riwayat-riwayat Munkar Yahya. Ibn ‘Adi berkata dalam al-Kamil (6/2379): "Hadith yang tidak mahfuz".
Saya berkata: Bahagian kedua hadith tersebut adalah sahih. Ianya telah dikeluarkan oleh Muslim dan lain-lain melalui hadith Abu Ayyub al-Ansari secara marfu’: "Kalaulah kamu tidak melakukan dosa, nescaya Allah akan menciptakan satu makhluk yang akan melakukan dosa, lalu Dia berikan keampunan kepada mereka". Hadith tersebut telah diriwayatkan oleh Muslim (9/2748), al-Tirmizi (2526) dan Ahmad (5/414). Hadith tersebut juga ada sokongan lain, lihat dalam al-Sahihah (967-970), iaitu bahagian pertama hadith, sabda Nabi SAW: "Penyesalan adalah taubah". Ianya hadith sahih. Telah dikeluarkan oleh Ibn Majah (4252), Ahmad (376, 423, 433), al-Bukhari dalam al-Kabir (2/1/374), al-Humaidi (105), al-Hakim (4/243), al-Tabarani dalam al-Saghir (1/66-67), al-Isma’ili dalam Mu’jam beliau (juz 3/hlm. 137/1), Abu Nu’aim dalam al-Hilyah (8/312), al-Khatib dalam al-Mudhih (1/248-250) dan al-Baghawi dalam Syarh al-Sunnah (5/91) melalui hadith Ibn Mas’ud. Telah berlaku perbezaan dalam sanadnya dan dalam menyebutkan nama sebahagian perawinya.
Saya telah membahaskan secara terperinci berkenaannya dalam Masis al-Hajah Ila Taqrib Sunan Ibn Majah (4252). Hadith tersebut juga ada sokongan melalui hadith Anas. Ianya telah dikeluarkan oleh al-Bazzar (juz 4/hadith : 323, al-Hakim, dan al-Baihaqi dalam al-Shu’ab. Sanadnya tidak bermasalah sebagai sokongan. Terdapat sokongan lain melalui hadith Jabir r.a. Ianya telah dikeluarkan oleh al-Tabarani dalam al-Awsat (juz 1/hadith : 101) dan dalam sanadnya terdapat Ibn Lahi’ah, juga riwayat secara ‘an’anah oleh Abu al-Zubair. Juga ada sokongan melalui hadith Ubai bin Ka’ab. Ianya telah dikeluarkan oleh al-Isma’ili dalam Mu’jam beliau (juz 1/ hlm. 47/2), juga melalui hadith Wa’il bin Hujr, ianya telah dikeluarkan oleh al-Isma’ili juga (juz 1/ hlm. 62/2) serta melalui hadith Abu Hurairah dalam riwayat al-Tabarani dalam al-Saghir (hadith : 186).

RUJUKAN

Abu Ishaq Al-Huwaini. (1988). Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah. Dar al-Sahabah Li al-Turath.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs