Kafarah dosa adalah penyesalan

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

كفارة الذنب الندامة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Kafarah dosa adalah penyesalan.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2001, hadis nombor 10031. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعیف)
عن ابن عباس -رضي الله عنها – مرفوعاً: كفارة الذنب الندامة.
[حم، طب، القضاعي، هب، ((الضعيفة)) (2236)]

(Lemah)
Daripada Ibnu Abbas RA., -diriwayat secara marfu’-: Kafarah dosa adalah penyesalan.
[Riwayat Musnad Ahmad bin Hanbal, al-Tabrani dalam al-Mu'jam al-Kabir, al-Qadha’i dan al-Baihaqi dalam Shu'ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2236]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.