Bukan hadis
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
رَمْيَةٌ مِنْ غَيْرِ رَامٍ.
Teks Bahasa Melayu
Kadangkala panahan yang terkena sasaran bukan daripada sang pemanah.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H)
Status
Bukan hadis
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 43, hadis no. 163. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
أخرجه البيهقي عن ابن عباس موقوفا قال خذ الحكمة ممن سمعت فإن الرجل يتكلم بالحكمة وليس بحكيم فتكون كالرمية من غير رام.
Al-Baihaqi telah mengeluarkannya daripada Ibb 'Abbas secara mawquf: "Ambillah hikmah itu daripada sesiapa yang kamu dengar. Ini kerana, seseorang itu adakalanya mengucapkan kata-kata hikmah sekalipun dia bukanlah seorang ahli hikmah, sama seperti kadangkala panahan yang terkena sasaran bukan daripada sang pemanah".
Rujukan
Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.
Makluman