Kacang walnut ialah penyakit

TEKS BAHASA ARAB

حديث: الجوز داء، فإذا دخل في جوف صار شفاء.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Kacang walnut ialah penyakit. Jika masuk ke dalam perut, akan menjadi penyembuh.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 69, hadis nombor 160. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

لعن الله واضعه على رسول الله صلى الله عليه وسلم.

Semoga Allah melaknat pencipta hadith dusta atas nama Rasulullah SAW.

RUJUKAN

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.