Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
دُثِرَ مكانُ البيتِ فلم يَحُجَّ هودٌ ولا صالحٌ حتى بَوَّأَهُ اللهُ لإبراهيمَ.
Teks Bahasa Melayu
Kaabah pernah hilang, maka Nabi Hud dan Nabi Salih tidak mengerjakan haji sehinggalah Allah binakan semula untuk Nabi Ibrahim.
Sahabat Perawi
- ‘Aishah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1064, hadis no. 5427. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن عروة عن عائشة رضي الله عنها قالت: دثر مكان البيت فلم يحج هود ولا صالح حتى بوأه الله لإبراهيم. قال عروة: قلت لعائشة: عن رسول الله صلى الله عليه وسلم؟ قالت: عن رسول الله صلى الله عليه وسلم. [الحربي في المناسك، الضعيفة 5446]
(Sangat lemah): Daripada ‘Urwah daripada ‘Aishah RA, beliau berkata: Kaabah pernah hilang, maka Nabi Hud dan Nabi Salih tidak mengerjakan haji, sehinggalah Allah binakan semula untuk Nabi Ibrahim. ‘Urwah bertanya: Adakah ini daripada Rasulullah SAW? Beliau menjawab: Ya, Daripada Rasulullah SAW. [Riwayat al-Harbi dalam al-Manasik. Lihat Silsilah al-Dha'ifah no.5446]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman