Jiwa anak Adam akan lembut pada musim sejuk

TEKS BAHASA ARAB

قلوب ابن آدم تلين في الشتاء وذلك لأَنِّ الله تَعَالَى خَلَقَ آدَمَ مِنْ طِينٍ وَالطِّينُ يَلِينُ فِي الشِّتَاءِ

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jiwa anak Adam akan lembut pada musim sejuk, demikian itu kerana Allah Ta’ala telah menciptakan Adam daripada tanah dan tanah pula akan lembut pada musim sejuk.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, di halaman 61, hadis nombor 339. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Abu Nu’aim berkata: Umar bin Yahya bersendirian meriwayatkan hadith tersebut secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW) daripada Shu’bah, beliau seorang perawi matruk al-hadith (ditinggalkan hadithnya). Riwayat yang sahih adalah daripada kata-kata Khalid bin Ma’dan. Al-Zahabi pula berkata dalam Tazkirah al-Huffaz: Sesungguhnya hadith tersebut diletakkan kepada Shu’bah. Saya berkata: Ia benar, kerana seseorang yang berakal tidak sepatutnya mengucapkan kalam yang gugur kelayakan untuk diterima ini, yang tidak akan diucapkan melainkan oleh para pendusta dan para perawi yang gugur kelayakan berhujah.

RUJUKAN

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr(2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs