Jiran itu ada tiga

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

الجيران ثلاثة: جار له حق واحد، وهو أدنى الجيران حقاً، وجار له حقان، وجار له ثلاثة حقوق، وهو أفضل الجيران حقاً. فأما الجار الذي له حق واحد؛ فالجار المشرك لا رحم له، له حق الجوار، وأما الذي له حقان؛ فالجار المسلم لا رحم له، له حق الإسلام وحق الجوار، وأما الذي له ثلاثة حقوق؛ فجار مسلم ذو رحم، له حق الإسلام، وحق الجوار، وحق الرحم. وأدنى حق الجوار أن لا تؤذي جارك بقتار قدرك إلا أن تقدح له منها.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jiran itu ada tiga: Jiran yang baginya satu hak dan dia adalah jiran yang mempunyai hak paling rendah. Dan jiran yang mempunyai dua hak, serta jiran yang mempunyai tiga hak dan dia adalah jiran yang mempunyai hak paling afdal. Adapun jiran yang mempunyai satu hak ialah jiran musyrik yang tidak mempunyai ikatan kekeluargaan dengannya. Baginya hak berjiran. Manakala jiran yang mempunyai dua hak ialah jiran muslim yang tidak ada ikatan kekeluargaan dengannya. Baginya hak Islam dan juga hak jiran. Adapun yang mempunyai tiga hak adalah jiran muslim yang ada ikatan kekeluargaan. Maka baginya hak Islam, hak jiran dan juga hak kekeluargaan. Dan serendah-rendah hak bagi jiran adalah kamu tidak menyakitinya dengan bau busuk masakan kamu melainkan kamu menutup baginya (jiran) daripadanya (masakan).

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 57, hadis nombor 245. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن جابر بن عبد الله -رضي الله عنهما- مرفوعا: ((الجيران ثلاثة: جار له حق واحد، وهو أدنى الجيران حقاً، وجار له حقان، وجار له ثلاثة حقوق، وهو أفضل الجيران حقاً. فأما الجار الذي له حق واحد؛ فالجار المشرك لا رحم له، له حق الجوار، وأما الذي له حقان؛ فالجار المسلم لا رحم له، له حق الإسلام وحق الجوار، وأما الذي له ثلاثة حقوق؛ فجار مسلم ذو رحم، له حق الإسلام، وحق الجوار، وحق الرحم. وأدنى حق الجوار أن لا تؤذي جارك بقتار قدرك إلا أن تقدح له منها)). [البزار، الطبراني في ((مسند الشاميين))، حل، ((الضعيفة)) (3493)].

(Lemah)
Daripada Jābir ibn ‘Abdullah RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Jiran itu ada tiga: Jiran yang baginya satu hak dan dia adalah jiran yang mempunyai hak paling rendah. Dan jiran yang mempunyai dua hak, serta jiran yang mempunyai tiga hak dan dia adalah jiran yang mempunyai hak paling afdal. Adapun jiran yang mempunyai satu hak ialah jiran musyrik yang tidak mempunyai ikatan kekeluargaan dengannya. Baginya hak berjiran. Manakala jiran yang mempunyai dua hak ialah jiran muslim yang tidak ada ikatan kekeluargaan dengannya. Baginya hak Islam dan juga hak jiran. Adapun yang mempunyai tiga hak adalah jiran muslim yang ada ikatan kekeluargaan. Maka baginya hak Islam, hak jiran dan juga hak kekeluargaan. Dan serendah-rendah hak bagi jiran adalah kamu tidak menyakitinya dengan bau busuk masakan kamu melainkan kamu menutup baginya (jiran) daripadanya (masakan).))
[Riwayat al-Bazzār, al-Ṭabarānī dalam Musnad al-Shāmiyyin, dan Abū Nu‘aym dalam al-Ḥilyah. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3493].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.