Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
عن بلال بن الحارث، قال: خرجنا مع رسول الله صلى الله عليه وسلم في بعض أسفاره، فخرج لحاجته، وكان إذا خرج لحاجته يبعد، فأتيته بإداوة من ماء، فانطلق، فسمعت عنده خصومة رجال ولغطا لم أسمع مثلها، فجاء، فقال: بلال؟ قلت: بلال، قال: أمعك ماء؟ قلت: نعم، قال: أصبت، فأخذه مني، فتوضأ، فقلت: يا رسول الله، سمعت عندك خصومة رجال ولغطا ما سمعت أحد من ألسنتهم، قال: " اختصم عندي الجن المسلمون والجن المشركون، سألوني أن أسكنهم، فأسكنت المسلمين الجلس، وأسكنت المشركين الغور
Teks Bahasa Melayu
Daripada Bilal Bin al-Harith RA, beliau berkata: Kami keluar bersama Rasulullah SAW pada sebahagian permusafirannya lalu Baginda akan pergi untuk menunaikan hajat. Dan jika Baginda menunaikan hajatnya Baginda akan menjauhi (dari pandangan orang), maka aku bawa kepadanya sebekas air dan baginda pun pergi. Aku mendengar berhampirannya terdapat pertengkaran lelaki dan dan kebisingan yang tidak pernah aku dengar sepertinya. Apabila baginda datang dan berkata: Bilal? Aku berkata: Ya, Bilal. Baginda bertanya: Adakah air bersama kau? Aku menjawab: Ya. Lalu Baginda berkata: Benar. Lalu Baginda mengambilnya daripadaku dan mengambil wudhu lalu aku berkata: Wahai Rasulullah, aku mendengar suatu pertengkaran dan bising yang tidak pernah aku dengari daripada lidah-lidah mereka. Baginda berkata: Jin muslim dan jin musyrik telah bertengkar berdekatan denganku, mereka meminta daripadaku untuk memberi mereka tempat tinggal. Maka bagi jin-jin Islam tempat tinggal di al-jilas (kampung dan bukit), dan aku memberi jin-jin musyrik tempat tinggalnya di al-ghaur (kawasan rendah).
Sahabat Perawi
- Bilal bin al-Harith
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1675, hadis no. 8450. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
Riwayat Abu al-Syeikh dalam al-'Azamah dan al-Tabarani dalam al-Kabir,
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman