Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Jikalau wanita tahu akan haknya terhadap suaminya

Teks Bahasa Arab

لو تعلَمُ المرأةُ حقَّ الزَّوجِ ؛ ما قعَدت ما حضرَ غداؤُه وعشاؤُه حتَّى يَفرُغَ.

Teks Bahasa Melayu

Jikalau wanita tahu akan haknya terhadap suaminya, nescaya dia tidak akan pernah duduk selama waktu makan siang dan malamnya sehingga ia selesai darinya.

Sahabat Perawi

  1. Mu'az bin Jabal RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 956, hadis no. 4936. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن معاذ بن جبل – رضي الله عنه – قال: قال رسول الله ﷺ: لو تعلم المرأة حق الزوج؛ ما قعدت ما حضر غداؤه وعشاؤه حتى يفرغ. [البزار، الضعيفة(5726)].

(Lemah) Diriwayatkan daripada Muaz bin Jabal RA telah berkata: Sabda Rasulullah SAW: Jikalau wanita tahu akan haknya terhadap suaminya, nescaya dia tidak akan pernah duduk selama waktu makan siang dan malamnya sehingga ia selesai darinya. [Riwayat al-Barraz. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5726].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.