Jikalau seorang bayi dilahirkan sepertimana orang yang faqih

TEKS BAHASA ARAB

والذي نفسي بيده لو أن مولودا ولد في فقه أربعين سنة من أهل الدين يعمل بطاعة الله كلها ويجتنب المعاصي كلها إلى أن يرد إلى أزدل العمر. أو يرد إلى أن لا يعلم بعد علم شيئاً لم يبلغ أحدكم هذه الليلة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Demi Tuhan yang jiwaku berada di tangan-Nya! Jikalau seorang bayi dilahirkan dalam keadaan (menguasai ilmu (agama) selama 40 tahun sebagai ahli agama (yang beribadat semata-mata) dengan penuh taat kepada Allah, dan dia menjauhi segala dosa maksiat sepenuhnya, sehingga dia sampai ke umur tua, atau dia dikembalikan kepada keadaan tidak mengetahui selepas dia mengetahui (sesuatu ilmu), maka dia tidak akan dapat menyaingi seorang pun dalam kalangan kamu yang sampai di sini pada malam ini.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1158, hadis nombor 5853. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن رافع بن خديج رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال في يوم بدر: والذي نفسي بيده لو أن مولوداً ولد في فقه أربعين سنة من أهل الدين يعمل بطاعة الله كلها ويجتنب المعاصي كلها إلى أن يرد إلى أزدل العمر. أو يرد إلى أن لا يعلم بعد علم شيئاً لم يبلغ أحدكم هذه الليلة. [طب، الضعيفة (5887)]

(Munkar) Daripada Rafi’ bin Khadij RA, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda pada hari Badar: Demi Tuhan yang jiwaku berada di tangan-Nya! Jikalau seorang bayi dilahirkan dalam keadaan (menguasai ilmu (agama) selama 40 tahun sebagai ahli agama (yang beribadat semata-mata) dengan penuh taat kepada Allah, dan dia menjauhi segala dosa maksiat sepenuhnya, sehingga dia sampai ke umur tua, atau dia dikembalikan kepada keadaan tidak mengetahui selepas dia mengetahui (sesuatu ilmu), maka dia tidak akan dapat menyaingi seorang pun dalam kalangan kamu yang sampai di sini pada malam ini. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 5887]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs