Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
والذي نفسي بيده لو أن مولوداً ولد في فقه أربعين سنة من أهل الدين يعمل بطاعة الله كلها ويجتنب المعاصي كلها إلى أن يرد إلى أزدل العمر. أو يرد إلى أن لا يعلم بعد علم شيئاً؛ لم يبلغ أحدكم هذه الليلة.
Teks Bahasa Melayu
Demi Tuhan yang jiwaku berada di tangan-Nya! Jikalau seorang bayi dilahirkan dalam keadaan (menguasai ilmu (agama) selama 40 tahun sebagai ahli agama (yang beribadat semata-mata) dengan penuh taat kepada Allah, dan dia menjauhi segala dosa maksiat sepenuhnya, sehingga dia sampai ke umur tua, atau dia dikembalikan kepada keadaan tidak mengetahui selepas dia mengetahui (sesuatu ilmu), maka dia tidak akan dapat menyaingi seorang pun dalam kalangan kamu yang sampai di sini pada malam ini.
Sahabat Perawi
- Rafi’ bin Khudaij RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1158, hadis no. 5853. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن رافع بن خديج رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال في يوم بدر: والذي نفسي بيده لو أن مولوداً ولد في فقه أربعين سنة من أهل الدين يعمل بطاعة الله كلها ويجتنب المعاصي كلها إلى أن يرد إلى أزدل العمر. أو يرد إلى أن لا يعلم بعد علم شيئاً لم يبلغ أحدكم هذه الليلة. [طب، الضعيفة (5887)]
(Munkar) Daripada Rafi’ bin Khadij RA, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda pada hari Badar: Demi Tuhan yang jiwaku berada di tangan-Nya! Jikalau seorang bayi dilahirkan dalam keadaan (menguasai ilmu (agama) selama 40 tahun sebagai ahli agama (yang beribadat semata-mata) dengan penuh taat kepada Allah, dan dia menjauhi segala dosa maksiat sepenuhnya, sehingga dia sampai ke umur tua, atau dia dikembalikan kepada keadaan tidak mengetahui selepas dia mengetahui (sesuatu ilmu), maka dia tidak akan dapat menyaingi seorang pun dalam kalangan kamu yang sampai di sini pada malam ini. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 5887]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman