Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لَو خَشع قلبُ هذا؛ خَشعت جوارحُه.
Teks Bahasa Melayu
Jikalau khusyuk hati lelaki ini, akan khusyuklah keseluruhan anggota badannya.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 346, hadis no. 1819. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Palsu) Daripada Abū Hurairah RA, beliau telah berkata: Rasulullah ﷺ melihat seorang lelaki bermain dengan janggutnya ketika dia sedang solat. Disebabkan itu baginda ﷺ bersabda: Jikalau khusyuk hati lelaki ini, akan khusyuklah keseluruhan anggota badannya. [Riwayat al-Ḥakīm dalam Nawādir al-Uṣūl. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 110]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman