TEKS BAHASA ARAB
لو عاش إبراهيم لكان نبيا.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Jikalau Ibrahim (bin Muhammad) hidup, nescaya dia adalah seorang nabi.
STATUS
Batil
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Mar’i Ibn Yusuf al-Karmi (m.1033H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah, di halaman 94, hadis nombor 56. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
وحديث: "لو عاش إبراهيم لكان نبيا".
قال النووي: باطل. واعترض.
Dan hadis: "Jikalau Ibrahim (bin Muhammad) hidup, nescaya dia adalah seorang nabi".
Al-Nawawi telah berkata: Batil dan dibantah.
RUJUKAN
Mar‘ī bin Yūsuf Al-Karmī Al-Maqdisī. (1998). Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah (Muḥammad bin Luṭfī Al-Ṣabbāgh, Ed.). Dār Al-Warrāq.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.