Jikalau diketahui oleh anak adam akan apa yang ada pada suara ayam

TEKS BAHASA ARAB

حديث: لا تسبوا الديك فإنه صديقي وأنا صديقه وعدوه عدوي والذي بعثني بالحق: لو يعلم بنو آدم ما في صوته لاشتروا ريشه ولحمه بالذهب والفضة وإنه ليطرد مدى صوته من الجن.


TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Janganlah kamu mencela ayam jantan, maka sesungguhnya ia merupakan sahabatku dan aku bersahabat dengannya dan musuhnya adalah juga musuhku, demi yang mengutuskanku dengan kebenaran! Jikalau diketahui oleh anak adam akan apa yang ada pada suara ayam, maka mereka akan membeli bulunya dan dagingnya dengan emas dan perak, dan sesungguhnya jarak laungan suara ayam mampu menghalau jin.


STATUS

Palsu


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 171-172, hadis nombor 46. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:


رواه ابن حبان وهو موضوع وفي إسناده: رشدين وعبد الله بن صالح وهما ضعيفان جدا .
وروى من حديث أنس مرفوعا بلفظ: من اتخذ ديكا أبيض في داره لم يقر به شيطان ولا السحرة.
وفي إسناده: يحيى بن عنبسة وهو كذاب.
ورواه أبو بكر الرقي بلفظ: الديك الأبيض صديقي _ إلخ.
وفي إسناده: وضاع.
ورواه العقيلي بلفظ: الديك الأبيض الأفرق حبيبي وهو أيضا موضوع.
قال ابن حجر: لم يتبين لي الحكم بالوضع قلت: وقد روى من طرق بألفاظ مختلفة وأكثرها لفظ: الديك الكبير الأبيض. فيكون الحديث ضعيفا لا موضوعا .

Ibn Hibban meriwayatkan bahawa hadith ini palsu, dan pada sanadnya terdapat Rishdin dan Abdullah bin Soleh yang mana kedua-duanya sangat lemah dalam periwayatannya.
Daripada hadith Anas yang diriwayatkan secara marfu‘ (yang disandarkan kepada Nabi SAW) dengan lafaz: Sesiapa yang memelihara ayam jantan putih di rumahnya, tidak aman syaitan mahupun sihir.
Dan pada sanadnya, terdapat Yahya bin Anbasah sedangkan dia adalah pendusta.
Abu Bakar ar-Raqiyy meriwayatkan dengan lafaz: Ayam jantan putih adalah temanku… hingga akhir hadith.
Pada sanadnya terdapat pereka hadith palsu.
Al-Uqaili meriwayatkan dengan lafaz: Ayam jantan putih yang menakutkan adalah kekasihku, ianya juga adalah palsu.
Ibn Hajar berkata: Tidak kepadaku jelas pemalsuan hadith ini. Aku berkata: Hadith ini telah diriwayatkan daripada pelbagai jalan dengan lafaz-lafaz yang berbeza-beza dan kebanyakkannya dengan lafaz ini: Ayam jantan putih yang besar. Hadith ini lemah dan bukan palsu.


RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs