Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لو تعلمُ البهائمُ من الموتِ ما يعلمُ ابنُ آدمَ ؛ ما أَكَلْتُم منها سَمِينًا.
Teks Bahasa Melayu
Jikalau binatang ternakan mengetahui mati sepertimana anak Adam mengetahuinya, kamu tidak akan dapat makan darinya yang gemuk (kerana takutkan kematian).
Sahabat Perawi
- Umm Habibah al-Juhaniyyah
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1745, hadis no. 8795. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن أم حبيبة الجهنية مرفوعا: ((لو تعلم البهائم من الموت ما يعلم ابن آدم؛ ما أكلتم منها سميناً.)) [ابن الأعرابي، القضاعي، ((الضعيفة)) (4353)]
(Sangat Lemah) Daripada Umm Habibah al-Juhaniyyah secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Jikalau binatang ternakan mengetahui mati sepertimana anak Adam mengetahuinya, kamu tidak akan dapat makan darinya yang gemuk (kerana takutkan kematian).)) [Riwayat Ibn al-A'rabi dan al-Qudha’i. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 4353].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman