Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لو نَجَا أحدٌ من ضَغْطَةِ القبرِ لَنَجَا سعدٌ، ولقد ضُمَّ ضَمَّةً اختَلَفَتْ منها أضلاعُهُ من أَثَرِ البَوْلِ.
Teks Bahasa Melayu
Jikalau ada seseorang yang terselamat daripada kesempitan kubur itu maka Sa’ad adalah yang terselamat. Telah disempitkan tulang rusuk itu kerana kesan air kencing (yang tidak dibersihkan).
Sahabat Perawi
- Said al-Maqburi
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1736, hadis no. 8734. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Munkar) Daripada Sa’id al-Maqburi, beliau berkata: Bila mana Rasulullah SAW mengebumikan Sa’ad, Baginda bersabda: ((Jikalau ada seseorang yang terselamat daripada kesempitan kubur itu maka Sa’ad adalah yang terselamat. Telah disempitkan tulang rusuk itu kerana kesan air kencing (yang tidak dibersihkan).)) [Riwayat Ibn Sa’ad. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 3315].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman