Jika wahyu turun kepada Nabi SAW, Baginda akan terasa pening

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

كان إذا نزل عليه الوحي صدع فيغلف رأسه بالحناء.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jika wahyu turun kepada Nabi SAW, Baginda akan terasa pening. Lalu Baginda menyalut inai pada kepala Baginda.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1076, hadis nombor 5486. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي هريرة رضي الله عنه قال: كان إذا نزل عليه الوحي صُدع فيغلف رأسه بالحناء. [البزار، طس، أبو نعيم في الطب، الضعيفة (5926)]

(Lemah) Daripada Abu Hurairah RA, beliau menceritakan: Jika wahyu turun kepada Nabi SAW, Baginda akan terasa pening, lalu Baginda menyalut inai pada kepala Baginda. [Riwayat al-Bazzar dalam al-Musnad, al-Tabarani dalam al-Awsat dan Abu Nu‘aim dalam al-Tibb. Lihat Silsilah al-Dha'ifah no. 5926]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.