Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كانَ إذا نزلَ عليهِ الوحيُ صدعَ فيغلِّفُ رأسَه بالحنَّاءِ.
Teks Bahasa Melayu
Jika wahyu turun kepada Nabi SAW, Baginda akan terasa pening. Lalu Baginda menyalut inai pada kepala Baginda.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1076, hadis no. 5486. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي هريرة رضي الله عنه قال: كان إذا نزل عليه الوحي صُدع فيغلف رأسه بالحناء. [البزار، طس، أبو نعيم في الطب، الضعيفة (5926)]
(Lemah) Daripada Abu Hurairah RA, beliau menceritakan: Jika wahyu turun kepada Nabi SAW, Baginda akan terasa pening, lalu Baginda menyalut inai pada kepala Baginda. [Riwayat al-Bazzar dalam al-Musnad, al-Tabarani dalam al-Awsat dan Abu Nu‘aim dalam al-Tibb. Lihat Silsilah al-Dha'ifah no. 5926]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman