Jika umatku berazam untuk mengejar dunia

TEKS BAHASA ARAB

إذا عظمت أمتي الدنيا نزعت منها هيبة الإسلام، وإذا تركت أمتي الأمر بالمعروف والنهي عن المنكر حرمت بركة الوحي.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jika umatku berazam untuk mengejar dunia, maka akan dicabut kehebatan Islam. Jika umatku tidak menunaikan suruhan makruf dan mencegah kemungkaran, maka akan diharamkan keberkatan wahyu pada mereka.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2004, hadis nombor 10055. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن الفضيل، قال: ذكر عن النبي ﷺ أنه قال: إذا عظمت أمتي الدنيا نزعت منها هيبة الإسلام، وإذا تركت أمتي الأمر بالمعروف والنهي عن المنكر حرمت بركة الوحي.
[عبد الغني المقدسي في ((الأمر بالمعروف))، ((الضعيفة)) (2578)]

(Lemah)
Daripada al-Fudhail beliau berkata: Teringat satu kata daripada Nabi SAW bersabda: Jika umatku berazam untuk mengejar dunia, maka akan dicabut kehebatan Islam. Jika umatku tidak menunaikan suruhan makruf dan mencegah kemungkaran, maka akan diharamkan keberkatan wahyu pada mereka.
[Riwayat Abdul Ghani al-Maqdisi dalam al-Amar bil Ma’ruf. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2578]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs