TEKS BAHASA ARAB
حديث: إن لم يكن العلماء أولياء، فليس لي ولي.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: Jika ulama itu tidak menjadi wali, maka tiada seorang pun wali untukku.
STATUS
Bukan Hadis
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 286, hadis nombor 49. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
قال في المقاصد: لا أعرفه حديثا. وروى بلفظ: إن لم يكن العلماء أولياء الله في الآخرة فما لله ولى.
Al-Sakhawi berkata di dalam al-Maqasid: Aku tidak mengetahui hadith ini. Diriwayatkan juga dengan lafaz: Jika ulama itu tidak menjadi wali Allah di akhirat, maka tidak ada bagi Allah itu seorang wali pun.
RUJUKAN
Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.