Bukan hadis

30/06/2024

minit bacaan



Jika ulama itu tidak menjadi wali, maka tiada seorang pun wali untukku

Teks Bahasa Arab

حديث: إِنْ لَمْ يَكُنِ الْعُلَمَاءُ أَوْلِيَاءَ، فَلَيْسَ لِي وَلِيٌّ.

Teks Bahasa Melayu

Hadith: Jika ulama itu tidak menjadi wali, maka tiada seorang pun wali untukku.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Bukan hadis

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 286, hadis no. 49. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال في المقاصد: لا أعرفه حديثا. وروى بلفظ: إن لم يكن العلماء أولياء الله في الآخرة فما لله ولى.

Al-Sakhawi berkata di dalam al-Maqasid: Aku tidak mengetahui hadith ini. Diriwayatkan juga dengan lafaz: Jika ulama itu tidak menjadi wali Allah di akhirat, maka tidak ada bagi Allah itu seorang wali pun.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.