Bukan hadis
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إِنْ لَمْ يَكُنِ الْعُلَمَاءُ أَوْلِيَاءَ فَلَيْسَ لَهُ وَلِيٌّ.
Teks Bahasa Melayu
Jika para ulama bukan para wali, maka tiadalah bagi-Nya (Allah) wali.
Ulama/Pengkaji Hadis
- al-Fattanī (m. 986H)
Status
Bukan hadis
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 20. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
«إِنْ لَمْ يَكُنِ الْعُلَمَاءُ أَوْلِيَاءَ فَلَيْسَ لَهُ وَلِيٌّ» لَا أَعْرِفُهُ حَدِيثا.
“Jika bukan kerana ulama menjadi wali, maka tiadalah bagi-Nya (Allah) sebagai wali.” Saya tidak ketahui bahawa ia adalah hadis.
Rujukan
Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī al-Fattanī. (1343). Taẓkirah al-Mawḍū’āt. Idārah al-Ṭibā‘ah al-Munīrah.
Makluman